Kesihatan | KKM tingkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan mental

2022-10-21 0

Malaysia tidak terkecuali daripada dilanda isu kesihatan mental yang menuntut perhatian yang serius dan tindakan yang segera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Justeru, jelasnya lagi, Kementerian Kesihatan berpandangan ada keperluan mendesak untuk meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan mental negara.